Pihak berkuasa disaran untuk menggunakan budi bicara kepada penduduk yang berada di kawasan sempadan lain melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan mencari barang keperluan asas atau urusan penting.<br /><br />Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana ada kes-kes terpencil di mana penduduk perlu melakukan perjalanan melebihi daripada jarak yang dibenarkan iaitu 10 kilometer (km).
